Tuesday 24 July 2012

Mesyuarat Agung PUSPANITA 2012


Pada 15 Jun 2012, Mesyuarat Agung PUSPANITA cawangan kecil Suruhanjaya Pilihan Raya telah berlangsung pada pukul 2.30 petang di Ruang Legar SPR, Aras 4, Blok C7, Putrajaya. Mesyuarat Agung pada kali ini telah dihadiri oleh Pengerusi PUSPANITA cawangan kecil SPR  YBhg. Datin Noor Azam bt Ahmad. Mesyuarat pada kali ini adalah bertujuan bagi melantik biro-biro yang akan bertanggungjawab merancang dan melaksanakan segala aktiviti PUSPANITA cawangan kecil SPR bagi tahun 2012. Mesyuarat  dimulakan dengan bacaan dan seterusnya ucapan alu-aluan daripada YBhg. Datin Pengerusi PUSPANITA cawangan kecil SPR. 

Pendaftaran ahli PUSPANITA yang hadir.

Selamat Datang ke Mesyuarat Agung Puspanita 2012.

Ahli yang mendaftar mendapat doorgift.

Ramai ahli yang hadir.

Suasana di aras legar.

Bacaan doa.

Pengerusi PUSPANITA memberi ucapan.

Cik Pengara Majlis

Ahli Jawatankuasa PUSPANITA SPR bagi sessi 2012

Penyampaian sijil kepada Ahli PUSPANITA 2011.

Anugerah Tokoh PUSPANITA SPR

Cabutan bertuah


Dengan lantikan ahli jawatankuasa PUSPANITA bagi tahun 2012, Mesyuarat Agung PUSPANITA cawangan kecil SPR ditangguhkan pada pukul 4.45 petang dan ahli  yang hadir dijamu dengan jamuan minum petang.



Wednesday 11 July 2012

Selamat Datang ke Blog Rasmi Puspanita SPR


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang ke blog rasmi Puspanita Cawangan Kecil Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 
Blog ini dibangunkan bagi merekod segala aktiviti yang telah dijalankan oleh ahli Puspanita SPR.
Diharapkan dengan tertubuhnya blog ini semua ahli Puspanita SPR dapat mengetahui segala aktiviti yang telah dijalankan. 


Terima Kasih.