Sunday 16 December 2012

Majlis Bacaan Yassin


Assalamualaikum,

Pada hari Jumaat yang lepas, Puspanita SPR telah menganjurkan satu Majlis Bacaan Yassin untuk arwah bagi kakitangan SPR dan juga ahli keluarga Puspanita SPR. Majlis ini bertempat di Ruang Legar Aras 4, SPR bermula pada jam 10.00 pagi. Semua ahli SPR telah membuat senarai edaran bagi ahli yang ingin memasukkan nama mana-mana arwah untuk ditahlilkan. Semoga semua roh ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil semasa majlis berlangsung. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini.



Turut hadir Puan Nurul Huda, Datin Noor Azam dan Puan Rosnah 
yang baru sahaja kehilangan anak perempuannya pada bulan lepas

Menunggu sementara majlis dimulakan

Menyediakan air untuk bacaan yassin

Ketibaan semua ahli untuk memulakan majlis

Ramai ahli Puspanita yang hadir untuk majlis bacaan yassin ini

Sesi bacaan bermula

Majlis diketuai oleh Puan Wan Som Binti Abdullah dari Unit ICT

Bersama-sama mengaminkan doa

Antara juadah yang disediakan

Makanan yang disediakan berbentuk pot luck yang disumbang oleh 
ahli-ahli Puspanita

Setelah majlis selesai, semua ahli dijemput menjamu selera

Bergambar kenangan bersama Datin Noor Azam