Tuesday 25 November 2014

MAAHAD TAHFIZ ANNABAWI LILBANAT, LANGKAWI

PUSPANITA Cawangan Kecil SPR telah menganjurkan program bersama pelajar-pelajar tahfiz di Maahad Tahfiz Annabawi Lilbanat di Langkawi, Kedah. Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil SPR telah menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian kepada pelajar-pelajar. Seramai 12 orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil SPR telah turut menyertai program berkenaan.







Friday 7 November 2014

LAWATAN SEMAI BAKTI KE RUMAH ANAK-ANAK YATIM YAYASAN DARUL HIKMAH, GOPENG

PUSPANITA Cawangan Kecil SPR telah menganjurkan program Lawatan Semai Bakti ke Rumah Anak-Anak Yatim Yayasan Darul Hikmah, Gopeng, Perak. Sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian telah disampaikan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil SPR kepada seramai 43 orang anak-anak yatim yang berumur antara 6 - 17 tahun. Seramai 40 orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil SPR telah turut serta di dalam program berkenaan.








Monday 13 October 2014

SPR Ibu Pejabat Anjur Tazkirah Dan Majlis Bacaan Yassin

Program Tazkirah dan Majlis Bacaan Yassin telah diadakan di Ruang Legar Aras 4 pada 10 Oktober yang lepas telah dihadiri hampir 90 orang kakitangan SPR. Majlis ini bermula pada jam 9.30 pagi, dipimpin oleh Ustaz Muhd Redza Ahmad yang juga merupakan Imam Masjid Tuanku Mizan. Program ini adalah anjuran bersama Puspanita Cawangan Kecil SPR dan Unit Pembangunan Modal Insan. Program ini diadakan bertujuan untuk mendoakan kejayaan anak-anak kakitangan SPR yang akan menduduki peperiksaan PT3, SPM, STPM dan STAM agar mendapat kejayaan di dalam peperiksaan tersebut. Disamping bacaan Yassin, tazkirah juga disampaikan oleh Ustaz Muhd Redza.

Di dalam tazkirah ringkas tersebut, Ustaz Muhd Redza mengingatkan kepada ibu bapa supaya bukan sahaja mendoakan kejayaan anak-anak di dunia, malah turut mendoakan agar anak-anak mereka memiliki sahsiah yang cemerlang. Majlis ini dihadiri oleh Timbalan Setiausaha (Operasi), YBhg. Dato’ Haji Noordin Che Ngah, Timbalan Setiausaha (Pengurusan), YBrs. Encik Ikmalrudin Ishak dan Pegawai-Pegawai Kanan SPR.

-- Maaf gambar tidak dapat di upload berikutan masalah teknikal. Harap maklum. --

Thursday 4 September 2014

"AKU BERKERJAYA : BAHAGIAKAH KELUARGAKU"

Assalamualaikum,

Pada tarikh 21 Ogos 2014 yang lepas, satu ceramah "Aku Berkerjaya: Bahagiakah Keluargaku" telah diadakan di Auditorium, Blok B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri anjuran bersama Biro Pendidikan & Pembangunan Keluarga, Puspanita JPM dan Biro Tatanegara yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Mohd Kazim bin Elias Al-Hafiz.