Monday 13 October 2014

SPR Ibu Pejabat Anjur Tazkirah Dan Majlis Bacaan Yassin

Program Tazkirah dan Majlis Bacaan Yassin telah diadakan di Ruang Legar Aras 4 pada 10 Oktober yang lepas telah dihadiri hampir 90 orang kakitangan SPR. Majlis ini bermula pada jam 9.30 pagi, dipimpin oleh Ustaz Muhd Redza Ahmad yang juga merupakan Imam Masjid Tuanku Mizan. Program ini adalah anjuran bersama Puspanita Cawangan Kecil SPR dan Unit Pembangunan Modal Insan. Program ini diadakan bertujuan untuk mendoakan kejayaan anak-anak kakitangan SPR yang akan menduduki peperiksaan PT3, SPM, STPM dan STAM agar mendapat kejayaan di dalam peperiksaan tersebut. Disamping bacaan Yassin, tazkirah juga disampaikan oleh Ustaz Muhd Redza.

Di dalam tazkirah ringkas tersebut, Ustaz Muhd Redza mengingatkan kepada ibu bapa supaya bukan sahaja mendoakan kejayaan anak-anak di dunia, malah turut mendoakan agar anak-anak mereka memiliki sahsiah yang cemerlang. Majlis ini dihadiri oleh Timbalan Setiausaha (Operasi), YBhg. Dato’ Haji Noordin Che Ngah, Timbalan Setiausaha (Pengurusan), YBrs. Encik Ikmalrudin Ishak dan Pegawai-Pegawai Kanan SPR.

-- Maaf gambar tidak dapat di upload berikutan masalah teknikal. Harap maklum. --