Pada 15 Jun 2012, Mesyuarat Agung PUSPANITA cawangan kecil Suruhanjaya Pilihan Raya telah berlangsung pada pukul 2.30 petang di Ruang Legar SPR, Aras 4, Blok C7, Putrajaya. Mesyuarat Agung pada kali ini telah dihadiri oleh Pengerusi PUSPANITA cawangan kecil SPR YBhg. Datin Noor Azam bt Ahmad. Mesyuarat pada kali ini adalah bertujuan bagi melantik biro-biro yang akan bertanggungjawab merancang dan melaksanakan segala aktiviti PUSPANITA cawangan kecil SPR bagi tahun 2012. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan dan seterusnya ucapan alu-aluan daripada YBhg. Datin Pengerusi PUSPANITA cawangan kecil SPR.
Pendaftaran ahli PUSPANITA yang hadir.
Selamat Datang ke Mesyuarat Agung Puspanita 2012.
Ahli yang mendaftar mendapat doorgift.
Ramai ahli yang hadir.
Suasana di aras legar.
Bacaan doa.
Pengerusi PUSPANITA memberi ucapan.
Cik Pengara Majlis
Ahli Jawatankuasa PUSPANITA SPR bagi sessi 2012
Penyampaian sijil kepada Ahli PUSPANITA 2011.
Anugerah Tokoh PUSPANITA SPR
Cabutan bertuah
Dengan lantikan ahli jawatankuasa PUSPANITA bagi tahun 2012, Mesyuarat Agung PUSPANITA cawangan kecil SPR ditangguhkan pada pukul 4.45 petang dan ahli yang hadir dijamu dengan jamuan minum petang.