Tuesday, 14 August 2012

Lawatan ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur


Pada 10 Ogos 2012, Puspanita SPR telah mengadakan lawatan ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur bersempena Promosi Kraf Aidilfitri. Promosi Kraf Aidilfitri itu telah berlangsung selama 12 hari bermula 1 hingga 12 Ogos 2012 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Banyak jualan produk kraf yang bertemakan Aidilfitri, Pameran Busana Aidilfitri, Demonstrasi Kraf dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik diadakan. Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil semasa lawatan.

Suasana di dalam bas.

Bergambar kenangan di hadapan kompleks.

Bahagian dalam kompleks.

Antara booth-booth yang mengambil bahagian.

Mendengar taklimat dari pihak Kompleks Kraf.

Booth barangan berasaskan mengkuang.

Ahli Puspanita kusyuk mendengar penerangan.

Melihat produk-produk yang dijual.

Melihat dengan lebih dekat pembuatan produk acuan.

Barangan-barangan logam acuan.

Pelbagai jenis kuih dan biskut raya.

Melihat lebih dekat cara membuat kuih kapit.


Sunday, 12 August 2012

Kelas Kuih Talam Keladi

Pada 27 Julai 2012 yang lalu, Biro Pembangunan Keluarga telah menjalankan sebuah kelas untuk belajar membuat talam keladi. Resipi untuk kuih telam keladi tersbut diajar oleh Puan Zalma bt. Jusoh. Kelas diadakan pada pukul 12.30 tengah hari di depan pantri Aras 5. Ramai ahli Puspanita yang mengambil bahagian di dalam kelas tersebut.

Puan Zalma, Puan Fauzilah dan Datin Noor Azam sedang 
menyediakan barang yang akan digunakan untuk memasak.

Antara bahan-bahan dan barang yang diperlukan.

Sebahagian daripada barang keperluan.

Bahan-bahannya. Gambar kurang jelas sedikit.

Bahan-bahan yang diperlukan seperti keladi, tepung, santan dan gula.

Ramai ahli yang menunjukkan minat terhadap kuih talam keladi.

Melihat resipi yang diberi.

Campurkan tepung beras dan tepung ubi.

Masukkan santan.

Tambah air kedalam santan mengikut sukatan.

Campurkan santan kedalam tepung yang dicampur 
tadi bersama garam dan kacau.

Panaskan dapur dengan api yang sederhana.

Masukkan keladi yang telah dipotong dadu.

Kacau sehingga sebati.

Setelah sebati tuangkan kedalam loyang untuk dikukus.

Kukus menggunakan steamer.

Didalam bekas yang lain, campurkan tepung gandum dan tepung ubi.

Masukkan telur dan kacau.

Masukkan sedikit pewarna ungu.

Kacau sekata.

Hasil  untuk lapisan atas.

Setelah itu, tuang lapisan atas ke lapisan bawah yang telah dikukus tadi.

Puan Zalmah sedang mengukur untuk memotong.

Hasil kuih talam keladi yang telah siap.

Mengagihkan kuih ke dalam bekas-bekas kecil.

Sedia untuk diberi kepada peserta yang terlibat dalam 
kelas membuat kuih talam keladi.

Puan Fauzilah sedang mencuba untuk membuat 
kuih talam keladi bersama peserta lain.


Resipi Kuih Talam Keladi

Bahan A (Lapisan Bawah)
250 gm tepung beras
30 gm tepung ubi
1 sudu besar garam
100 mL santan
700 mL air
200 gm keladi dipotong dadu
Bahan B (Lapisan Atas)
230 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
250 gm gula
3 biji telur Gred A
300 mL santan
500 mL air
1 sudu besar pewarna keladi (ungu)
2 sudu besar paste keladi
Cara-cara Masak Kuih Talam Keladi;
A) Lapisan Bawah
1) Campurkan kesemua bahan-bahan A dan gaul sehingga sebati.
2) Kacau bahan yang dah digaul atas api perlahan-lahan sehingga wap naik.
3) Kemudian, tuangkan ke dalam loyang beralaskan plastik dan kukus selama 25 minit.
B) Lapisan Atas
1) Satukan semua bahan-bahan B dan masukkan ke dalam blender dan blend.
2) Selepas siap di blend, masukkan ke dalam periuk dan kacau atas api secara perlahan-lahan.
3) Kemudian, tuangkan di atas acuan A (lapisan bawah) yang sudah siap dikukus tadi. Kukus selama 40 minit.
SELAMAT MENCUBA.

Majlis Berbuka Puasa SPR bersama anak-anak yatim

Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Puspanita telah bekerjasama dengan SPR menjayakan sebuah Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim pada 24 Julai 2012. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ybhg. Tan Sri Pengerusi SPR, Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof. Seramai 45 orang anak yatim yang dirai dari Rumah Penyayang Bestari, Banting dan Rumah Anak Yatim Taman Baiduri, Dengkil.

Suasana sebelum majlis berbuka puasa.

Kehadiran Ybhg Tan Sri Pengerusi

Setiausaha SPR juga turut hadir.


Anak-anak yatim dari Rumah Penyayang Bestari, Banting.

Anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Taman Baiduri, Dengkil.

Ucapan alu-aluan dari Ybhg. Tan Sri Pengerusi.

Penyampaian sumbangan hari raya kepada anak yatim.

Anak-anak gembira menerima sumbangan ikhlas sambil dperhati oleh Setiausaha SPR.

Ybhg. Tan Sri Pengerusi bergambar kenangan bersama anak-anak yatim.

Ceramah sempena bulan Ramadhan.

Bersalaman sesudah solat maghrib.

Solat sunat terawih selepas jamuan makan.