Mesyuarat Agung Khas Cawangan Kecil Puspanita SPR bagi sesi 2015/2016
telah diadakan bertempat di Ruang Legar Aras 4, Ibu Pejabat SPR pada hari ini. Mesyuarat diadakan
bagi memilih ahli-ahli jawatankuasa baru menggantikan ahli-ahli jawatankuasa terdahulu. Selain itu,
mesyuarat ini juga menjadi medium untuk merapatkan lagi jalinan kerjasama antara semua ahli dan
AJK untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti Puspanita SPR.
Sebelum itu, dalam ucapan pembukaan,
Pengerusi Puspanita SPR, YBhg Datin Rohaya Haji Sarman menyebut beberapa perkara berkaitan
aktiviti yang dijalankan serta bajet pendapatan yang telah diperolehi oleh biro-biro di bawah
naungan Puspanita SPR. Beliau turut memaklumkan mengenai perancangan aktiviti yang bakal
dilaksanakan apabila berpindah ke bangunan baharu SPR kelak.
Puspanita SPR telah diberi
tanggungjawab bagi mengendalikan Taska di Bangunan baharu nanti dan persiapan sedang giat
dijalankan. Pengerusi berharap barisan AJK baharu nanti akan dapat memberikan komitmen yang
tinggi dan meneruskan legasi kejayaan untuk pembangunan ahli puspanita keseluruhannya.
Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Abdul Ghani bin Salleh, Setiausaha SPR selaku
Penasihat bagi Puspanita SPR. Dalam ucapannya, YBhg Datuk Setiausaha menyebut tentang peranan
dan tanggungjawab yang dimainkan oleh Persatuan Puspanita SPR adalah sangat-sangat dihargai
dan wajar menjadi contoh yang terbaik bagi kakitangan SPR. Mengakhiri ucapannya, YBhg. Datuk
Setiausaha mengucapkan tahniah kepada barisan Jawatankuasa baharu dan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung tersebut.
Mesyuarat turut menyerahkan sijil penghargaan kepada Ketua-Ketua Biro Jawatankuasa bagi tahun
2014. Mesyuarat bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa telah bersetuju untuk melantik Ahli
Jawatankuasa yang baharu bagi tahun 2015/2016 seperti yang dinyatakan di dalam Direktori Blog Puspanita SPR ini (http://puspanitaspr.blogspot.com/p/direktori.html)
Mesyuarat ditangguhkan dan diakhiri dengan sesi cabutan bertuah kepada ahli-ahli Puspanita SPR
bagi memberi penghargaan atas sokongan yang telah diberikan kepada Persatuan Puspanita
Cawangan Kecil SPR selama ini seterusnya meningkatkan kecemerlangan kakitangan wanita SPR
seiring dengan peredaran arus perdana masa kini.
Barisan AJK Puspanita SPR Sesi 2014/2015
Barisan AJK Puspanita SPR Sesi 2015/2016
Ucapan Pembukaan oleh YBhg Datin Rohaya Haji Sarman dan perasmian oleh YBhg. Datuk Abdul Ghani bin Salleh, Setiausaha SPR
Mesyuarat Puspanita SPR
Proses pengundian AJK Sesi 2015/2016
Aktiviti cabutan bertuah