Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil SPR Tahun 2019
telah diadakan seperti ketetapan yang berikut;
Tarikh: 25 Mac 2019
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Auditorioum, Aras 2
Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh,
YBhg.Dato' Mohamed Elias Bin Abu Bakar (Penasihat PUSPANITA SPR) dan
dipengerusikan oleh YBhg. Datin Zanariah binti Mohd Ariff (Pengerusi Puspanita SPR).
Selain itu, Ceramah "Work Life Balance" telah diberikan oleh Puan Sheela A/p Samivellu daripada Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).
Di Samping itu juga, Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil SPR turut menyampaikan beberapa Anugerah dan Sumbangan. Antaranya adalah, Penyampaian Sumbangan Anak Cemerlang PUSPANITA SPR, Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK PUSPANITA SPR dan Penyampaian Cenderamata kepada penceramah.
Mesyuarat pemilihan Ahli Jawatankuasa telah bersetuju untuk melantik Ahli Jawatankuasa yang baharu bagi tahun 2019/2021 seperti yang dinyatakan di dalam Direktori Blog Puspanita SPR ini (http://puspanitaspr.blogspot.com/p/direktori.html).
|
AJK Puspanita SPR Sesi 2017/2018 |
|
AJK Puspanita SPR Sesi 2019/2021 |