Sunday 16 December 2012

Majlis Bacaan Yassin


Assalamualaikum,

Pada hari Jumaat yang lepas, Puspanita SPR telah menganjurkan satu Majlis Bacaan Yassin untuk arwah bagi kakitangan SPR dan juga ahli keluarga Puspanita SPR. Majlis ini bertempat di Ruang Legar Aras 4, SPR bermula pada jam 10.00 pagi. Semua ahli SPR telah membuat senarai edaran bagi ahli yang ingin memasukkan nama mana-mana arwah untuk ditahlilkan. Semoga semua roh ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil semasa majlis berlangsung. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini.



Turut hadir Puan Nurul Huda, Datin Noor Azam dan Puan Rosnah 
yang baru sahaja kehilangan anak perempuannya pada bulan lepas

Menunggu sementara majlis dimulakan

Menyediakan air untuk bacaan yassin

Ketibaan semua ahli untuk memulakan majlis

Ramai ahli Puspanita yang hadir untuk majlis bacaan yassin ini

Sesi bacaan bermula

Majlis diketuai oleh Puan Wan Som Binti Abdullah dari Unit ICT

Bersama-sama mengaminkan doa

Antara juadah yang disediakan

Makanan yang disediakan berbentuk pot luck yang disumbang oleh 
ahli-ahli Puspanita

Setelah majlis selesai, semua ahli dijemput menjamu selera

Bergambar kenangan bersama Datin Noor Azam






Sunday 7 October 2012

Malam Puspanita SPR dan Jasamu Dikenang

Assalamualaikum semua warga Puspanita SPR,

Pada Jumaat, 28 September yang lepas, Puspanita SPR telah berjaya menganjurkan satu "Malam Puspanita SPR dan Jasamu Dikenang" ataupun lebih tepat "Malam Ladies Nite". Majlis yang bermula pada pukul 8.00 malam itu diadakan di Ruang Legar Aras 4, SPR, telah mendapat sambutan yang meriah daripada kalangan ahli Puspanita SPR dan juga dari isteri-isteri Pejabat Pilihanraya Negeri.

Majlis ini yang sepenuhnya dikelolakan oleh ahli Puspanita berjalan dengan lancar. Tujuan utama majlis ini adalah untuk meraikan ahli Puspanita dan juga meraikan ahli-ahli yang akan bertukar dan juga yang telah bersara. Mereka yang diraikan ialah Puan Suzliyana Hanan binti Zainudin, Puan Nor Hasni binti Hassan, Puan Sabariah binti Abdul Karim dan Puan Rohani binti Hassan. Majlis diserikan lagi dengan tayangan slideshow bagi mengenang jasa mereka sepanjang dalam perkhidmatan di dalam SPR.

Malam Puspanita SPR yang bertemakan "West and East" ini juga diserikan lagi dengan persembahan tarian, aktiviti berkumpulan, aktiviti bertukar-tukar hadiah, mix and match, persembahan nyanyian dan juga pertandingan best dress. Semua ahli disajikan dengan makanan yang enak lag imenyelerakan. Majlis berakhir pada pukul 10.30 malam.

Semua ahli Puspanita berharap agar majlis seperti ini akan diadakan lagi pada masa yang akan datang.


Kedatangan para peserta dan pendaftaran.

Bergambar sewaktu kedatangan Pengerusi Puspanita.

Penari-penari arab bersama kak ila.

Ketibaan isteri-isteri PPN.

Posing dulu sebelum majlis bermula.

Antara tetamu-tetamu VIP.

Ahl Puspanita yang cantik bergaya.

Manis mengikut tema majlis.

Pengacara majlis.

Pengerusi Puspanita memberikan sedikit ucapan.


Puan Hasni yang akan bertukar.

Cantiknya menggayakan fesyen turban.

Penyampaian hadiah kepada Puan Suzliayana.

Penyampaian hadiah kepada Puan Hasni.

Penyampaian hadiah kepada Puan Sabariah.

Persembahan tarian.


Aktiviti bertukar-tukar hadiah.

Penyampaian hadiah aktiviti berkumpulan.

Pemenang best dress.

Aktiviti mix and match.

Aktiviti berkumpulan yang menyeronokkan.

Bergambar kenangan.

Gaya ahli Puspanita.

Pemenang ke-2 best dress.