Monday 22 June 2015

MESYUARAT AGUNG CAWANGAN KECIL PUSPANITA SPR SESI 2015/2016



Mesyuarat Agung Khas Cawangan Kecil Puspanita SPR bagi sesi 2015/2016 telah diadakan bertempat di Ruang Legar Aras 4, Ibu Pejabat SPR pada hari ini. Mesyuarat diadakan bagi memilih ahli-ahli jawatankuasa baru menggantikan ahli-ahli jawatankuasa terdahulu. Selain itu, mesyuarat ini juga menjadi medium untuk merapatkan lagi jalinan kerjasama antara semua ahli dan AJK untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti Puspanita SPR. 

Sebelum itu, dalam ucapan pembukaan, Pengerusi Puspanita SPR, YBhg Datin Rohaya Haji Sarman menyebut beberapa perkara berkaitan aktiviti yang dijalankan serta bajet pendapatan yang telah diperolehi oleh biro-biro di bawah naungan Puspanita SPR. Beliau turut memaklumkan mengenai perancangan aktiviti yang bakal dilaksanakan apabila berpindah ke bangunan baharu SPR kelak. 

Puspanita SPR telah diberi tanggungjawab bagi mengendalikan Taska di Bangunan baharu nanti dan persiapan sedang giat dijalankan. Pengerusi berharap barisan AJK baharu nanti akan dapat memberikan komitmen yang tinggi dan meneruskan legasi kejayaan untuk pembangunan ahli puspanita keseluruhannya. 

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Abdul Ghani bin Salleh, Setiausaha SPR selaku Penasihat bagi Puspanita SPR. Dalam ucapannya, YBhg Datuk Setiausaha menyebut tentang peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh Persatuan Puspanita SPR adalah sangat-sangat dihargai dan wajar menjadi contoh yang terbaik bagi kakitangan SPR. Mengakhiri ucapannya, YBhg. Datuk Setiausaha mengucapkan tahniah kepada barisan Jawatankuasa baharu dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung tersebut. 

Mesyuarat turut menyerahkan sijil penghargaan kepada Ketua-Ketua Biro Jawatankuasa bagi tahun 2014. Mesyuarat bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa telah bersetuju untuk melantik Ahli Jawatankuasa yang baharu bagi tahun 2015/2016 seperti yang dinyatakan di dalam Direktori Blog Puspanita SPR ini (http://puspanitaspr.blogspot.com/p/direktori.html)

Mesyuarat ditangguhkan dan diakhiri dengan sesi cabutan bertuah kepada ahli-ahli Puspanita SPR bagi memberi penghargaan atas sokongan yang telah diberikan kepada Persatuan Puspanita Cawangan Kecil SPR selama ini seterusnya meningkatkan kecemerlangan kakitangan wanita SPR seiring dengan peredaran arus perdana masa kini.

 Barisan AJK Puspanita SPR Sesi 2014/2015
 Barisan AJK Puspanita SPR Sesi 2015/2016
 Ucapan Pembukaan oleh YBhg Datin Rohaya Haji Sarman dan perasmian oleh YBhg. Datuk Abdul Ghani bin Salleh, Setiausaha SPR
 Mesyuarat Puspanita SPR
 Proses pengundian AJK Sesi 2015/2016
Aktiviti cabutan bertuah

No comments:

Post a Comment