Monday 22 June 2015

PROGRAM IM4U PUSPANITA 2015 DI TEMERLOH, PAHANG


Program IM4U Puspanita SPR 2015 telah diadakan di Temerloh, Pahang pada 7-9 Mei 2015 . Seramai tiga (3) orang wakil dari Puspanita Cawangan Kecil SPR telah mengikuti program ini iaitu Puan Fatimah Binti Omar, Puan Syam Sulaida Binti Samsudin dan Cik Mariulfahanis Binti Saina. Program ini turut disertai oleh Puspanita Kebangsaan Malaysia.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti:
  1. Bergotong- royong membersihkan rumah-rumah adat Orang Asal (yang dahulunya dikenali sebagai Orang Asli)
  2. Menghadiri majlis perasmian Mini Perpustakaan untuk Orang Asal
  3. Menyertai aktiviti sukaneka bersama Orang Asal
  4. Pemeriksaan kesihatan khas untuk Orang Asal
Puspanita SPR berbangga menyertai program berunsurkan kemasyarakatan ini dan berharap berpeluang menyertainya lagi di masa yang akan datang.


Perasmian Program IM4U Puspanita 2015 
Membersihkan rumah adat
Perjalanan ke kawasan perumahan Orang Asal
Bergotong-royong membersihkan rumah Orang Asal
Bergotong-royong membersihkan rumah Orang Asal
Puan Fatimah, Puan Sham dan Cik Hanis



No comments:

Post a Comment